Selasa, 25 Jun 2019

Derita kehidupan.


Masa berlalu begitu pantas membuatkan akal yg sihat menjadi keliru dengan kenangan lalu..
Tidak dpt ku lupakan, begitu gembira nya ketika zaman kanak-kanak ku.
Kami bersyukur apa ada nya.
Walaupun susah tak lah pula meminta-minta.
Tp masih lagi ada yg berdengki dgn kehidupan kami.
Yg miskin dipandang hina.
Yg kaya pula tak sedar kan diri.
Pernah ketika dahulu ayah jatuh sakit,kami sekeluarga hilang punca pendapatan .Mujurlah kak yg sulung membantu,itu pun hnya tampung perbelanjaan sek adik2 yg lain kerna pada waktu itu gaji kakak kecil setakat berkerja di pasar raya.
Ketika itu nak makan nasi pun susah..mujur lah ada insan yg berbaik hati memberi kebenaran utk bercucuk tanam.
Masa itu mak menanam ubi kayu dan jagung dan hasil nya kami makan utk sehari-hari
Lps balik sek aku  dan adik-adik membantu mak di kebun..dan hasil tuai kebun dibuat lauk utk mengalas perut..
Sungguh perit kehidupan kami ketika itu ,padahal rumah nenek  tak jauh dr rumah mak hanya behadapan dengan  rumah mak.
 Nenek tidak pula bertanya khbar dan menjenguk kami sekeluarga.
Semua itu aku tak peduli asalkan masih bersama keluarga ku tercinta,susah senang kami lalui bersama.
Aku percaya Allah itu maha kuasa setiap kerna setiap kali kesulitan ada saja pertolongan yg sampai hentah dari mana,tidak tercapai akal dan fikiran.
Begitu terasa hina bila kami sekeluarga diperlakukan seperti itu.
Ketika susah kami tidak dilayan seperti keluarga hanya kerna ayah bukan menantu pilihan nenek dan atuk.
Sesekali teringat kisah silam yg lalu, hati ini terasa hiba dan sebak hingga mengalir air mata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Derita kehidupan.

Masa berlalu begitu pantas membuatkan akal yg sihat menjadi keliru dengan kenangan lalu.. Tidak dpt ku lupakan, begitu gembira nya ketika ...